JENIS PETEMPATAN AWAL

Lihat gambar dan jawab soalan-soalan di bawah :


1. Soalan :

    1.1  Sekiranya hujan turun tidak henti-henti, apakan terjadi?

    1.2  Apakah yang akan terjadi sekiranya banjir?

    1.3  Apakah tindakan yang patut kamu ambil sekiranya rumah kamu dilanda bah?

2. Tahukah kamu :

Manusia zaman dahulu juga hidup berpindah-randah. Bukan kerana rumah mereka dilanda banjir. Untuk mengetahui sebabnya, sila baca petikan dibawah :


  • Mereka berpindah-randah untuk mendapatkan sumber makanan. Mereka memperoleh makanan dengan cara memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun.
  • Mereka juga berpindah ke tempat lain untuk berburu binatang. Mereka makan daging binatang. Kulit binatang dibuat pakaian dan alas tempat tidur. Tulang binatang pula dijadikan senjata.
  • Walaupun begitu, mereka juga berpindah apabila ada kematian. Mereka beranggapan bahawa tempat itu tidak lagi sesuai dijadikan tempat tinggal. 
3.  Jom Nyanyi.

     Tajuk Lagu : Gua Melindungi
     Melodi        : Ikan Kekek Mak Iloi-Iloi

Gua dapat melindungi
Daripada hujan dan panas
Gua dapat melindungi
Daripada binatang buas.

     Gua kukuh semula jadi
     Istimewa senang hati
     Gua dapat melindungi
     Selesa dan senang hati.


Manusia dahulu kala
Mereka hidup berpindah-randah
Antara sebab berpindah-randah
Untuk cari sumber makanan.


     Jika ada kematian
     Mereka akan berpindah-randah
     Sebab mereka berpindah-randah
     Untuk mereka terus hidup.

Perlukan bantuan cikgu? Lihat klip video di bawah :



4.  Latihan.

Lengkapkan maklumat di bawah berpandukan senikata lagu "Gua Melindungi" :
* Isikan nama dan jawapan di dalam ruangan komen di bawah.

      Soalan 1 : Ciri Keistimewaan gua :
                       1._____________________
                       2._____________________
                       3._____________________

      Soalan 2 : Sebab manusia zaman dahulu berpindah-randah :
                       1._____________________
                       2._____________________
                       3._____________________

Comments

Not using Html Comment Box  yet?
Anonymous · Oct 27, 2013

balqis

Nur aisya nabilah binti norhafizan · Oct 5, 2013

Cikgu boleh menajar dekat skputrajaya 11(2) tak?cikgu memeng best sangat - sangat! : )

Anis sabrina · Sept 11, 2013

Cikgu memang terbaik boleh atau tidak cikgu mengajar di sk Putrajaya 11 (2)?

daniash irrfan · May 14, 2013

ciri keitimewaannya :1. melindungi diri daripada haiwan yang ganas.2. melindungi diri daripada hujan.3.
melindungi diri daripada cuaca panas.

danish irfan · May 14, 2013


Cikgu ni best la boleh tak cikgu ajar kelas saya 4 ibnu khaldun kat SK Mantin

muhd ariq izzuddin · May 11, 2013

cikgu boleh ajartak kelas 4UPSI dekat TMN PUTRI,KULAI

yangku · May 8, 2013

da

celine · Mar 12, 2013

cikgu pandailah ajar mata pelajaran kt.bestlah cikgu

prishika · Feb 24, 2013

Cikgu in pandai membuat bm san juga kt

AIN NUR ANISAH · May 19, 2012

CIKGU NI MEMANG LAWAK LAH

Showing 1 to 10 [next]

rss